Posts

Showing posts from February, 2023

'Syamsul, kau jawablah di Padang Mahsyar nanti' - Aaron Aziz

Image
  Kuala Lumpur: "Bila kau nak, kau datang jumpa aku cara baik tapi bila kau tak nak, kau buang aku macam sampah," kata pelakon, Datuk Aaron Aziz, 47, yang ditujukan buat pengarah filem The Original Gangster, Syamsul Yusof, 39. Aaron dalam satu hantaran video di Instagram, hari ini, mendedahkan mengenai punca dia digugurkan sebagai pelakon filem The Original Gangster.  Aaron berkata, pada mulanya Syamsul memaklumkan dia tidak akan terbabit dengan banyak babak pertarungan, tetapi lebih banyak menggunakan pistol. "Bagaimanapun, ketika sesi latihan, saya dimaklumkan akan terbabit dengan banyak babak pertarungan. Ia membabitkan dengan ramai pelakon lain termasuk bersama 20 orang. Akhirnya saya menjadi pelakon yang paling banyak terbabit dengan babak pertarungan berbanding pelakon lain. "Pelakon lain cakap saya paling banyak (babak pertarungan) sebab saya pelakon utama," katanya yang mendakwa Syamsul memang tahu dia mengalami masalah kesihatan membabitkan lehernya ak...

Terpaksa akad nikah sambil baring atas katil...

Image
Kuala Lumpur: Ketika pengantin lelaki lain duduk di hadapan 'tok kadi' untuk akad nikah, lain pula bagi Mohammad Syauqi Kasim yang terbaring menahan kesakitan ketika menyempurnakan upacara itu. Bagaimanapun, Mohammad Syauqi, 31, kuatkan dirinya demi menghalalkan Nordalilah Muhammad Rosli, 29, yang sah menjadi isterinya, kelmarin. Kisah Mohammad Syauqi mendapat perhatian netizen selepas videonya terbaring di atas katil ketika majlis akad nikah tular di laman sosial. Berkongsi kisah di sebalik video itu, Mohammad Syauqi yang bekerja sebagai eksekutif di sebuah syarikat berkata, dia terbabit dalam kemalangan pada 5 Februari lalu ketika menunggang motosikal dalam perjalanan pulang dari kampung halamannya di Kedah ke ibu kota. Akibat kemalangan itu, peha Mohammad Syauqi terhentak tangki motosikal hingga tulang pelvisnya patah dan buat masa ini belum boleh berjalan serta menggunakan peralatan ortopedik sementara (External Fixator). Meskipun begitu, Mohammad Syauqi dan Nordalilah sepa...

FashaSandha- masih kelihatan seperti anak dara

Image
  Jom exercise with Fasha! ( Tengok video sampai habis tau.. LINK:  https://www.instagram.com/reel/CoWOa3GjStO/?igshid=MjkzY2Y1YTY= #berryfull from @inayahbeautyhq kan, mestilah nak capai my body goals! so anyone yang nak kempiskan perut, nak bakar lemak degil dlm bdan, nak detox, and nak turunkan berat badan, jom consume #berryfull ni. mmng best So, to all my followers kesayangan, Fasha nak belanja RM60 diskaun for #berryfull ni. komen je NAK below ok!

'Kalau suami curang, saya tumbuk muka dia, bukan tarik tudung perempuan tu' - Che Ta

Image
  Kuala Lumpur: Pelakon Rozita Che Wan, 50, sangat menghormati cara dan tindakan diambil Mizz Nina dalam menangani kemelut rumah tangganya bersama bekas suami, Noh Salleh apabila terus ke pejabat agama untuk diselesaikan. Rozita yang mesra disapa Che Ta berkata, kisah 'orang ketiga' dan pasangan curang ketika ini menjadi bualan hangat orang ramai terutama bila segala permasalahan dikongsikan pihak isteri di media sosial. "Saya sangat tabik dengan cara Mizz Nina, dia terus ke pejabat agama. Tak perlu buka aib pasangan di media sosial pun, tapi selesaikan segera. Ia cara yang bagus atau lebih baik diam. "Malah, golongan isteri yang berhadapan masalah suami curang, jangan hanya meletakkan kesalahan sepenuhnya kepada 'orang ketiga' atau 'penyondol' itu saja, tetapi salahkan juga suami. "Hubungan sulit tidak akan terjadi sekiranya kedua-dua pihak tidak memainkan peranan. Saya sebenarnya tak suka apabila lelaki yang ada hubungan dengan wanita lain, tapi...

Ustaz Azhar Idrus tiada tauliah di Selangor punca kuliah maghrib dibatalkan - JAIS

Image
  SHAH ALAM: Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengesahkan penceramah popular, Ustaz Azhar Idrus (UAI) tidak mempunyai tauliah untuk mengajar agama Islam di negeri ini. Pengarah JAIS, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad, berkata ia berdasarkan hasil semakan pihak jabatan itu. Beliau berkata, JAIS mengambil maklum mengenai pembatalan kuliah maghrib UAI yang dijadualkan berlangsung pada Ahad ini di Masjid Diraja Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong. "Kuasa Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) / JAIS adalah tertakluk kepada undang-undang dan peraturan yang berkuat kuasa di Selangor. "Semua individu yang mengajar berkaitan agama Islam di Selangor perlu mematuhi undang-undang dan peraturan. "Pihak masjid/surau juga tidak boleh menjemput individu tiada tauliah mengajar yang diberi bawah Seksyen 118 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Selangor) 2003 Pindaan 2016," katanya dalam satu kenyataan, hari ini. Terdahulu, satu hantaran dalam Facebook rasmi Azhar memaklumkan, Kuliah Maghrib Pe...

Model dibunuh dan dikerat, polis masih cari kepala

Image
  Hong Kong: Polis Hong Kong telah membuat tiga tangkapan atas dakwaan bunuh dan kerat model berusia 28 tahun selepas pertikaian kewangan dengan keluarga bekas suaminya, kata pihak berkuasa pada Sabtu.  Sebahagian mayat pempengaruh terkenal Abby Choi, yang minggu lalu muncul di muka depan digital majalah fesyen L'Officiel Monaco, ditemui di sebuah rumah kampung yang didirikan sebagai tapak penyembelihan, kata polis. "Kami masih mencari kepala," kata penguasa Alan Chung kepada pemberita, selepas mendedahkan bahawa anggota badan seorang wanita telah ditemui di dalam peti sejuk. Rumah itu dilengkapi gergaji elektrik dan pengisar daging yang telah digunakan untuk mengisar daging manusia, kata Chung. "Dua periuk rebusan dipercayai mengandungi tisu manusia ditinggalkan di tempat kejadian," katanya.  Bapa, ibu dan abang kepada bekas suami Choi telah ditangkap dan akan menghadapi tuduhan membunuh, tambahnya. Bekas suami mangsa masih bebas. "Kami percaya mangsa dan ...

Zarina Anjoulie, Khazrul Elzey dah berbaik pula

Image
  Kuala Lumpur: Persengketaan antara pelakon, Zarina Anjoulie, 36, dan bekas tunangnya, Datuk Seri Khazrul Elzey, 45, akhirnya menemui titik noktah selepas Khazrul membuat permohonan maaf terbuka semalam. Zarina berharap 'perang' yang berlaku antara mereka tidak akan bersambung lagi selepas ini kerana dia berhasrat hubungan silaturahim sesama mereka kembali jernih. "Terima kasih Khazrul untuk permohonan maaf kepada saya dan keluarga saya. Harap kita boleh berdamai selepas ini," katanya menerusi TikTok. Khazrul turut berkongsi tangkap skrip hantaran Zarina itu menerusi TikTok. Permohonan maaf itu dibuat Khazrul selepas pelakon terbabit menggesanya untuk tampil memohon maaf kepada keluarganya selain perlu membuat siaran langsung bagi menjernihkan kembali semua dakwaannya yang menimbulkan fitnah. Ia susulan  bekas tunangnya itu mendakwa memiliki gambar bogel Zarina  selain memetik kembali kes dadah membabitkan pelakon itu. Zarina turut menyatakan dia terbuka hati untuk b...

INTIPATI Belanjawan 2023

Image
  Apa bantuan kewangan untuk rakyat dalam pembentangan Belanjawan 2023 kali ini? Datuk Seri Anwar Ibrahim yang merupakan Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan telah membuat pembentangan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat. Ia merupakan belanjawan pertama dibentangkan di bawah Kerajaan Perpaduan Malaysia Madani. Melalui pembentangan yang dilakukan, sudah pasti rakyat ingin mengetahui apakah inisiatif dan senarai bantuan untuk rakyat yang dibentangkan. Dalam pembentangan belanjawan kali ini, beberapa inisiatif akan dibentangkan dalam usaha kerajaan baharu Malaysia Madani menangani kos sara hidup. Tema Belaniawan 2023 & Live Pembentangan Belanjawan 2023 kali ini telah dirangka sebagai langkah sulung untuk menelusuri setiap rukun yang terkandung dalam kerangka MADANi yang telah dilhamkan ole YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri. Malaysia MADANI mewakili enam rukun iaitu: M (Mampan) A (Aman makmur) D (Daya cipta) A (Amanah keyakinan) N (Nilai hormat) I (Ihsan) Dengan tema...

"Air mani bersepah dalam bilik kenapa kau tak cerita sekali?" Anju bidas bekas tunang buka aib

Image
"Air mani bersepah dalam bilik kenapa kau tak cerita sekali?" Anju bidas bekas tunang buka aib Rata-ratanya mengagumi Zarina atau lebih mesra dengan panggilan Anju ini kerana tidak melakukan majlis besar sebaliknya memilih untuk bersederhana walaupun berkemampuan. Antara komen diterima: “Simple je tapi still nice... Tahniah Anju dan pasangan, semoga dipermudahkan segala urusan,” “Walaupun kaya tapi tak berlagak pun, sederhana je majlis tunang dia, suka tengok” “Tahniah Anju dan pasangan. Alhamdulillah suka tengok kesederhanaan majlis yang Anju pilih,” Dalam pada itu, netizen juga turut memuji Anju yang kelihatan begitu manis sekali mengenakan hijab. “Alhamdulillah… Tahniah Anju, manis bertudung, moga mendapat kebahagiaan dunia akhirat,”  “Anju ni muka Arab, kalau bertudung memang cantik MashaAllah,” “Suka tengok Anju pakai hijab. Semoga dipermudah semua urusan dan perkahwinan kekal abadi. Aamin,” “Tahniah Anju, suka tengok dia bertudung. Wanita bila dapat lelaki yang tepat, p...

'Aniu 'terdesak' mahu bersama' - Khazrul

Image
  Konflik hubungan pelakon Zarina Anjoulie atau lebih mesa disapa Anju dan bekas tunangnya, ahli korporat, Datuk Seri Khazrul Elzey nampakya mash berterusan sejak dua minggu lalu.

Ayahanda Rani Kulup sekali dia tweet jarang xberbisa!!!

Image
 

Ayahanda Rani Kulup sekali berbicara jangan tidak berbisa

Image
 

MH370 on Netflix 8march-Pasti dinanti2 oleh seluruh Rakyat Malaysia...

Image
                                 MH370 : The Plane That Disappeared Exclusive Di NETFLIX 8 Mac 2023 Pasti dinanti2 oleh seluruh Rakyat Malaysia... ... X  

No.Plate paling mencarut di Malaysia

Image
 No.Plate tersebut dimiliki pada motorsikal biasa sahaja. Tp ditawarkan harga sebiji kereta mewah

KJ dilamar menjadi DJ Di HotFm!!!

Image
  PETALING JAYA – Bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar sekali lagi dilamar oleh sebuah stesen radio Hot FM sebagai gandingan baharu bersama Johan, Farah Fauzana serta AG Azmeer dalam segmen Bekpes Hot, HaHaHa-Ngat. Hot FM menerusi surat terbuka yang dimuat naik di laman Instagramnya malam tadi memaklumkan, pihaknya ingin menawarkan bekas Menteri Kesihatan  itu jawatan sebagai penyampai radio yang akan bertugas setiap Isnin hingga Jumaat, pukul 6 hingga 10 pagi.