'Syamsul, kau jawablah di Padang Mahsyar nanti' - Aaron Aziz

Image
  Kuala Lumpur: "Bila kau nak, kau datang jumpa aku cara baik tapi bila kau tak nak, kau buang aku macam sampah," kata pelakon, Datuk Aaron Aziz, 47, yang ditujukan buat pengarah filem The Original Gangster, Syamsul Yusof, 39. Aaron dalam satu hantaran video di Instagram, hari ini, mendedahkan mengenai punca dia digugurkan sebagai pelakon filem The Original Gangster.  Aaron berkata, pada mulanya Syamsul memaklumkan dia tidak akan terbabit dengan banyak babak pertarungan, tetapi lebih banyak menggunakan pistol. "Bagaimanapun, ketika sesi latihan, saya dimaklumkan akan terbabit dengan banyak babak pertarungan. Ia membabitkan dengan ramai pelakon lain termasuk bersama 20 orang. Akhirnya saya menjadi pelakon yang paling banyak terbabit dengan babak pertarungan berbanding pelakon lain. "Pelakon lain cakap saya paling banyak (babak pertarungan) sebab saya pelakon utama," katanya yang mendakwa Syamsul memang tahu dia mengalami masalah kesihatan membabitkan lehernya ak...

Terpaksa akad nikah sambil baring atas katil...





Kuala Lumpur: Ketika pengantin lelaki lain duduk di hadapan 'tok kadi' untuk akad nikah, lain pula bagi Mohammad Syauqi Kasim yang terbaring menahan kesakitan ketika menyempurnakan upacara itu.

Bagaimanapun, Mohammad Syauqi, 31, kuatkan dirinya demi menghalalkan Nordalilah Muhammad Rosli, 29, yang sah menjadi isterinya, kelmarin.


Kisah Mohammad Syauqi mendapat perhatian netizen selepas videonya terbaring di atas katil ketika majlis akad nikah tular di laman sosial.

Berkongsi kisah di sebalik video itu, Mohammad Syauqi yang bekerja sebagai eksekutif di sebuah syarikat berkata, dia terbabit dalam kemalangan pada 5 Februari lalu ketika menunggang motosikal dalam perjalanan pulang dari kampung halamannya di Kedah ke ibu kota.

Akibat kemalangan itu, peha Mohammad Syauqi terhentak tangki motosikal hingga tulang pelvisnya patah dan buat masa ini belum boleh berjalan serta menggunakan peralatan ortopedik sementara (External Fixator).

Meskipun begitu, Mohammad Syauqi dan Nordalilah sepakat untuk meneruskan majlis seperti yang dirancang dan bersyukur semuanya berjalan lancar dengan izin Allah. 

"Hari nikah tempoh hari, saya tetap gementar, sama saja seperti orang lain.

"Perkara yang paling saya nak buat adalah sambut tetamu, ahli keluarga dan rakan malah kalau boleh, nak bersanding sebelah isteri serta abadikan detik indah ketika itu.


"Bagaimanapun, saya sekadar dapat 'sanding' sebelah isteri dalam keadaan saya di atas katil saja namun itu pun sudah cukup bahagia buat saya," katanya ketika dihubungi Harian Metro. 

Berhubung video yang tular, Mohammad Syauqi berkata, ia dimuat naik salah seorang rakannya.

"Dia (rakan) muat naik di TikTok, kami pun tak tahu pada awalnya namun terharu selepas tengok video perkongsiannya itu.

"Terkejut juga apabila kisah perkahwinan saya tular hingga rakan 'tag' di hantaran yang ada perkongsian kisah kami," katanya.

Sementara itu, Nordalilah juga bersyukur kerana dia dan Mohammad Syauqi akhirnya sah bergelar suami isteri walaupun berdepan ujian menjelang hari perkahwinan.

Nordalilah berkata, dia tahu suaminya kuat semangat dan itu yang memberi kekuatan untuknya teruskan majlis pernikahan tempoh hari.

"Kami sudah berbincang dengan keluarga kedua belah pihak dan sepakat tidak tangguhkan majlis. 

"Saya nampak suami sama saja seperti sebelum sakit malah tetap ceria cuma kali ini terbaring saja jadi tidak sedih sebaliknya gembira.

"Dia masih boleh tersenyum dan kami juga teruja walaupun keadaan fizikalnya tidak mengizinkan untuk bergerak.

"Ketika akad nikah, suami nampak yakin dan sempurnakan dengan sekali lafaz saja. Selepas semua yang berlaku, saya lega kerana kami berdua ditakdirkan juga jadi suami isteri," katanya.

Nordalilah berkata, dia berterima kasih kepada semua yang mendoakannya dan suami.

"Saya seronok baca semua doa yang baik-baik.

"Sokongan keluarga dan rakan juga buat saya kuat sebenarnya dan semoga doa baik berbalik kepada semua yang mendoakan kami," katanya.

#kw majlis, akad nikah, suami, isteri, video, tiktok, kuala lumpur

tamat

Disiarkan pada: Februari 28, 2023 @ 10:31pm

ARTIKAL DARIPADA: myMetro



 

Comments

Popular posts from this blog

NEW GTR R50⭐ Worldwide 50 units only ⭐

KAMAL ADLII DISERANG ORANG SINGAPORE