'Syamsul, kau jawablah di Padang Mahsyar nanti' - Aaron Aziz

Image
  Kuala Lumpur: "Bila kau nak, kau datang jumpa aku cara baik tapi bila kau tak nak, kau buang aku macam sampah," kata pelakon, Datuk Aaron Aziz, 47, yang ditujukan buat pengarah filem The Original Gangster, Syamsul Yusof, 39. Aaron dalam satu hantaran video di Instagram, hari ini, mendedahkan mengenai punca dia digugurkan sebagai pelakon filem The Original Gangster.  Aaron berkata, pada mulanya Syamsul memaklumkan dia tidak akan terbabit dengan banyak babak pertarungan, tetapi lebih banyak menggunakan pistol. "Bagaimanapun, ketika sesi latihan, saya dimaklumkan akan terbabit dengan banyak babak pertarungan. Ia membabitkan dengan ramai pelakon lain termasuk bersama 20 orang. Akhirnya saya menjadi pelakon yang paling banyak terbabit dengan babak pertarungan berbanding pelakon lain. "Pelakon lain cakap saya paling banyak (babak pertarungan) sebab saya pelakon utama," katanya yang mendakwa Syamsul memang tahu dia mengalami masalah kesihatan membabitkan lehernya ak...

Model dibunuh dan dikerat, polis masih cari kepala

 


Hong Kong: Polis Hong Kong telah membuat tiga tangkapan atas dakwaan bunuh dan kerat model berusia 28 tahun selepas pertikaian kewangan dengan keluarga bekas suaminya, kata pihak berkuasa pada Sabtu. 

Sebahagian mayat pempengaruh terkenal Abby Choi, yang minggu lalu muncul di muka depan digital majalah fesyen L'Officiel Monaco, ditemui di sebuah rumah kampung yang didirikan sebagai tapak penyembelihan, kata polis.

"Kami masih mencari kepala," kata penguasa Alan Chung kepada pemberita, selepas mendedahkan bahawa anggota badan seorang wanita telah ditemui di dalam peti sejuk.



Rumah itu dilengkapi gergaji elektrik dan pengisar daging yang telah digunakan untuk mengisar daging manusia, kata Chung.


"Dua periuk rebusan dipercayai mengandungi tisu manusia ditinggalkan di tempat kejadian," katanya. 

Bapa, ibu dan abang kepada bekas suami Choi telah ditangkap dan akan menghadapi tuduhan membunuh, tambahnya.

Bekas suami mangsa masih bebas.

"Kami percaya mangsa dan keluarga bekas suaminya mempunyai banyak pertikaian kewangan melibatkan jumlah yang besar.

"Seseorang tidak berpuas hati dengan cara mangsa mengendalikan asetnya, yang menjadi motif untuk membunuh," katanya.

Choi pertama kali dilaporkan hilang pada hari Rabu.

Dia didakwa kali terakhir dilihat oleh abang bekas suaminya, yang juga bekerja sebagai pemandunya. Polis berkata, keluarga itu sebelum ini berbohong untuk mengelirukan penyiasat.

Rumah kampung itu telah disewa baru-baru ini dan tidak dilengkapi perabot -- menguatkan motif ia dibina untuk membuang mayat Choi, tambahnya.

Disiarkan pada: Februari 25, 2023 @ 2:34pm


Comments

Popular posts from this blog

NEW GTR R50⭐ Worldwide 50 units only ⭐

KAMAL ADLII DISERANG ORANG SINGAPORE