'Syamsul, kau jawablah di Padang Mahsyar nanti' - Aaron Aziz

Image
  Kuala Lumpur: "Bila kau nak, kau datang jumpa aku cara baik tapi bila kau tak nak, kau buang aku macam sampah," kata pelakon, Datuk Aaron Aziz, 47, yang ditujukan buat pengarah filem The Original Gangster, Syamsul Yusof, 39. Aaron dalam satu hantaran video di Instagram, hari ini, mendedahkan mengenai punca dia digugurkan sebagai pelakon filem The Original Gangster.  Aaron berkata, pada mulanya Syamsul memaklumkan dia tidak akan terbabit dengan banyak babak pertarungan, tetapi lebih banyak menggunakan pistol. "Bagaimanapun, ketika sesi latihan, saya dimaklumkan akan terbabit dengan banyak babak pertarungan. Ia membabitkan dengan ramai pelakon lain termasuk bersama 20 orang. Akhirnya saya menjadi pelakon yang paling banyak terbabit dengan babak pertarungan berbanding pelakon lain. "Pelakon lain cakap saya paling banyak (babak pertarungan) sebab saya pelakon utama," katanya yang mendakwa Syamsul memang tahu dia mengalami masalah kesihatan membabitkan lehernya ak...

Zarina Anjoulie, Khazrul Elzey dah berbaik pula

 

Kuala Lumpur: Persengketaan antara pelakon, Zarina Anjoulie, 36, dan bekas tunangnya, Datuk Seri Khazrul Elzey, 45, akhirnya menemui titik noktah selepas Khazrul membuat permohonan maaf terbuka semalam.

Zarina berharap 'perang' yang berlaku antara mereka tidak akan bersambung lagi selepas ini kerana dia berhasrat hubungan silaturahim sesama mereka kembali jernih.

"Terima kasih Khazrul untuk permohonan maaf kepada saya dan keluarga saya. Harap kita boleh berdamai selepas ini," katanya menerusi TikTok.

Khazrul turut berkongsi tangkap skrip hantaran Zarina itu menerusi TikTok.

Permohonan maaf itu dibuat Khazrul selepas pelakon terbabit menggesanya untuk tampil memohon maaf kepada keluarganya selain perlu membuat siaran langsung bagi menjernihkan kembali semua dakwaannya yang menimbulkan fitnah.


Comments

Popular posts from this blog

NEW GTR R50⭐ Worldwide 50 units only ⭐

KAMAL ADLII DISERANG ORANG SINGAPORE