'Syamsul, kau jawablah di Padang Mahsyar nanti' - Aaron Aziz

Image
  Kuala Lumpur: "Bila kau nak, kau datang jumpa aku cara baik tapi bila kau tak nak, kau buang aku macam sampah," kata pelakon, Datuk Aaron Aziz, 47, yang ditujukan buat pengarah filem The Original Gangster, Syamsul Yusof, 39. Aaron dalam satu hantaran video di Instagram, hari ini, mendedahkan mengenai punca dia digugurkan sebagai pelakon filem The Original Gangster.  Aaron berkata, pada mulanya Syamsul memaklumkan dia tidak akan terbabit dengan banyak babak pertarungan, tetapi lebih banyak menggunakan pistol. "Bagaimanapun, ketika sesi latihan, saya dimaklumkan akan terbabit dengan banyak babak pertarungan. Ia membabitkan dengan ramai pelakon lain termasuk bersama 20 orang. Akhirnya saya menjadi pelakon yang paling banyak terbabit dengan babak pertarungan berbanding pelakon lain. "Pelakon lain cakap saya paling banyak (babak pertarungan) sebab saya pelakon utama," katanya yang mendakwa Syamsul memang tahu dia mengalami masalah kesihatan membabitkan lehernya ak...

Status ibu Shila Amzah cetus tanda tanya


 Kuala Lumpur: Status terbaharu Fauziah Sarman, isteri kepada penyanyi dan pelakon lelaki era 80-an, ND Lala yang didakwa berpoligami menimbulkan persoalan pada kalangan warganet.


Fauziah menerusi hantaran Instagram pagi ini menulis perkataan yang mempunyai maksud mendalam.




"Jika sekiranya DIAM itu bijak. LAKUKANLAH. 


"Tapi ketika BIJAK itu di injak BICARALAH," luahnya diikuti dengan tanda pagar #Allahtaktidur dan #alhamdulillahforeverything.



Apapun, ia mencetuskan spekulasi sama ada ayat terbabit ditujukan kepada pihak lain ataupun sekadar untuk mengingatkan dirinya sendiri.


Namun, tinjauan di ruangan komen mendapati ada pengikutnya menganggap ayat ditulis itu mengandungi maksud yang tersirat disebaliknya.


Tidak kurang ada juga yang mendoakan agar rumah tangga pasangan ini kekal bahagia.




Semalam, cubaan Harian Metro menghubungi ND Lala tidak berjaya apabila dia tidak memberi sebarang balasan


Manakala, percubaan untuk mendapatkan komen Shila menerusi pembantu peribadinya dikenali Aini tidak berjaya dengan alasan Shila sibuk membuat persediaan konsert solonya di Plenary KLCC pada Sabtu ini. 


Isnin lalu, Harian Metro melaporkan seorang penyanyi dan pelakon lelaki popular era 80-an dikatakan bernikah lagi satu secara rahsia.


Difahamkan isteri barunya itu masih muda dan mempunyai perbezaan usia yang jauh dengan artis terbabit.


Disiarkan pada: Mac 1, 2023 @ 6:38pm


Kredit: MyMetro

Comments

Popular posts from this blog

NEW GTR R50⭐ Worldwide 50 units only ⭐

Dr Zakir Naik mungkin dihantar pulang ke India