'Syamsul, kau jawablah di Padang Mahsyar nanti' - Aaron Aziz

Image
  Kuala Lumpur: "Bila kau nak, kau datang jumpa aku cara baik tapi bila kau tak nak, kau buang aku macam sampah," kata pelakon, Datuk Aaron Aziz, 47, yang ditujukan buat pengarah filem The Original Gangster, Syamsul Yusof, 39. Aaron dalam satu hantaran video di Instagram, hari ini, mendedahkan mengenai punca dia digugurkan sebagai pelakon filem The Original Gangster.  Aaron berkata, pada mulanya Syamsul memaklumkan dia tidak akan terbabit dengan banyak babak pertarungan, tetapi lebih banyak menggunakan pistol. "Bagaimanapun, ketika sesi latihan, saya dimaklumkan akan terbabit dengan banyak babak pertarungan. Ia membabitkan dengan ramai pelakon lain termasuk bersama 20 orang. Akhirnya saya menjadi pelakon yang paling banyak terbabit dengan babak pertarungan berbanding pelakon lain. "Pelakon lain cakap saya paling banyak (babak pertarungan) sebab saya pelakon utama," katanya yang mendakwa Syamsul memang tahu dia mengalami masalah kesihatan membabitkan lehernya ak...

Sanjna Suri-"Saya memang berdoa babak panas itu dipotong

 

Petaling Jaya: Pelakon, Sanjna Suri bersyukur babak panas lakonannya dalam filem kontroversi, Pulau sudah dipotong dan tidak ditayangkan kepada umum.

Sanjna berkata, dia memang berharap babak panas lakonannya itu dipotong kerana menyedari ia tidak sesuai untuk tontonan masyarakat di negara ini.

"Saya memang berdoa babak panas itu dipotong kerana tahu masyarakat kita macam mana dan berasa gembira bila diberitahu penerbit.

"Cuma saya agak sedih ada babak Yus (lakonannya) yang hampir mati juga terpaksa dipotong kerana dianggap ganas," katanya.

Mengulas kontroversi filem Pulau, Sanjna berkata, dia sedih dan kecewa bila filem itu mendapat kecaman netizen.

"Antara komen yang mengguris hati saya ialah ada dakwaan yang mengatakan filem Pulau adalah sampah dan treler sudah tunjuk semua.

"Kita buat filem untuk orang tengok tapi bila filem Pulau dilanda kontroversi kerana pakaian dan imej seksi pelakon, saya kecewa. Sedangkan ada orang lain yang berpakaian 10 kali lebih seksi," katanya.

Pada masa sama, Sanjna memohon maaf jika filem itu menjejaskan sensitiviti masyarakat Melayu.


"Sebagai pelakon kami hanya mengikut arahan pengarah dan ia sekadar lakonan saja. Tontonlah filem ini dengan minda yang terbuka kerana ada mesej yang mahu disampaikan pada penonton," katanya.

Disiarkan pada: Mac 3, 2023 @ 5:11pm

Kredit kepada: myMetro


Comments

Popular posts from this blog

NEW GTR R50⭐ Worldwide 50 units only ⭐

Dr Zakir Naik mungkin dihantar pulang ke India