'Syamsul, kau jawablah di Padang Mahsyar nanti' - Aaron Aziz

Image
  Kuala Lumpur: "Bila kau nak, kau datang jumpa aku cara baik tapi bila kau tak nak, kau buang aku macam sampah," kata pelakon, Datuk Aaron Aziz, 47, yang ditujukan buat pengarah filem The Original Gangster, Syamsul Yusof, 39. Aaron dalam satu hantaran video di Instagram, hari ini, mendedahkan mengenai punca dia digugurkan sebagai pelakon filem The Original Gangster.  Aaron berkata, pada mulanya Syamsul memaklumkan dia tidak akan terbabit dengan banyak babak pertarungan, tetapi lebih banyak menggunakan pistol. "Bagaimanapun, ketika sesi latihan, saya dimaklumkan akan terbabit dengan banyak babak pertarungan. Ia membabitkan dengan ramai pelakon lain termasuk bersama 20 orang. Akhirnya saya menjadi pelakon yang paling banyak terbabit dengan babak pertarungan berbanding pelakon lain. "Pelakon lain cakap saya paling banyak (babak pertarungan) sebab saya pelakon utama," katanya yang mendakwa Syamsul memang tahu dia mengalami masalah kesihatan membabitkan lehernya ak...

Johor terus ditenggelami banjir makin buruk

 


JOHOR BAHRU: Keadaan banjir di Johor semakin buruk apabila jumlah mangsa terpaksa berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) terus meningkat kepada 44,860 orang membabitkan 13,029 keluarga, setakat jam 8 pagi tadi, berbanding 42,704 orang (12,408 keluarga) pada jam 8 malam tadi.

Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Tan Sri Dr Azmi Rohani, berkata jumlah keseluruhan PPS dibuka di kesemua 10 daerah terjejas banjir juga meningkat daripada 252 malam tadi kepada 260 pagi ini.


Azmi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Johor berkata, lapan PPS baharu dibuka membabitkan tiga di Batu Pahat dan masing-masing sebuah di Tangkak, Segamat, Mersing, Muar dan Kluang.

"Batu Pahat merekodkan jumlah mangsa banjir paling ramai membabitkan 14,030 orang (4,084 keluarga) yang ditempatkan di 58 PPS.

"Segamat juga mencatat pertambahan mangsa banjir kepada 13,334 orang (3,897 keluarga) yang dipindahkan ke 77 PPS.

"Begitu juga Kluang yang mana mangsa banjirnya kini meningkat kepada 5,296 orang (1,533 keluarga) di 41 PPS," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Selain itu, Azmi berkata, jumlah mangsa banjir di Muar dan Tangkak juga terus meningkat dengan masing-masing merekodkan 4,055 orang (1,204 keluarga) di 24 PPS serta 3,007 orang (868 keluarga) di 25 PPS.

"Jumlah mangsa banjir di Mersing pula bertambah kepada 975 orang (292 keluarga) di enam PPS," katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata, Kota Tinggi, Johor Bahru, Pontian dan Kulai mencatat penurunan bilangan mangsa banjir, setakat jam 8 pagi tadi.

Katanya, seramai 3,251 mangsa banjir (870 keluarga) berlindung di 20 PPS di Kota Tinggi; 514 mangsa (177 keluarga) di empat PPS Johor Bahru; 335 orang (89 keluarga) di empat PPS Pontian; dan 63 mangsa (15 keluarga) di sebuah PPS Kulai.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam kemas kini maklumat, meletakkan daerah Segamat, Kluang serta Mersing pada amaran bahaya atau merah kerana dijangka menerima hujan sangat lebat berterusan hingga esok.

Tujuh daerah lain pula amaran hujan lebat berterusan tahap buruk atau jingga yang diramalkan hingga esok, manakala laporan pemantauan cuaca sebenar menunjukkan semua negeri mengalami hujan, setakat jam 8 pagi tadi.

Comments

Popular posts from this blog

NEW GTR R50⭐ Worldwide 50 units only ⭐

Dr Zakir Naik mungkin dihantar pulang ke India