'Syamsul, kau jawablah di Padang Mahsyar nanti' - Aaron Aziz
VIDEO KETIKA KEJADIAN
👉🏻👉🏻👉🏻 https://vt.tiktok.com/ZS89vd96t/
Kuala Lumpur: Pelakon Fasha Sandha,39, 'meraung' menahan kesakitan selepas mengalami kecederaan di bahagian mata kirinya akibat terjatuh ketika menjalani penggambaran drama berjudul Anak Tuan di Johor Bahru, Johor, semalam.
Menerusi kenyataan yang dimuat naik di akaun Instagramnya oleh pihak pengurusan, tulang mata kirinya patah selain bebola mata bengkak selepas terhentak di bucu katil yang tajam ketika menjayakan babak bersama pelakon Azhan Rani.
Menerusi video yang dikongsikan, Fasha turut dikejarkan ke sebuah pusat perubatan untuk mendapatkan rawatan lanjut.
"Fasha sedang berehat secukupnya kerana mengalami kecederaan akibat terjatuh di set penggambaran semalam.
"Mata dan kepalanya terhentak di bucu katil yang tajam. Tulang mata kiri patah dan bebola mata bengkak serta berdarah. Mohon jasa baik peminat untuk mendoakan Fasha, tulis kenyataan berkenaan.
Dalam video yang dikongsikan, Fasha dan Azhan sedang menjalani satu babak penting ketika Azhan menarik rambut Fasha dari tangga sebuah rumah sebelum menolaknya dan kemudian kepalanya terhentak di bucu katil berkenaan.
Malah kedengaran suara Azhan memohon maaf selepas kejadian dan Fasha dilihat menangis menahan kesakitan.
Menurut kenyataan sama, Fasha akan dipindahkan ke sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur hari ini bagi mendapatkan rawatan lanjut.
"Fasha seorang yang kuat semangat dan komited dalam kerjaya. Pihak produksi telah memohon maaf kepada Fasha dan keluarga.
"Tidak ada sesiapa yang harus dipersalahkan kerana kemalangan terjadi di luar jangkaan," katanya.
KREDIT: myMetro
Comments
Post a Comment