'Syamsul, kau jawablah di Padang Mahsyar nanti' - Aaron Aziz

Image
  Kuala Lumpur: "Bila kau nak, kau datang jumpa aku cara baik tapi bila kau tak nak, kau buang aku macam sampah," kata pelakon, Datuk Aaron Aziz, 47, yang ditujukan buat pengarah filem The Original Gangster, Syamsul Yusof, 39. Aaron dalam satu hantaran video di Instagram, hari ini, mendedahkan mengenai punca dia digugurkan sebagai pelakon filem The Original Gangster.  Aaron berkata, pada mulanya Syamsul memaklumkan dia tidak akan terbabit dengan banyak babak pertarungan, tetapi lebih banyak menggunakan pistol. "Bagaimanapun, ketika sesi latihan, saya dimaklumkan akan terbabit dengan banyak babak pertarungan. Ia membabitkan dengan ramai pelakon lain termasuk bersama 20 orang. Akhirnya saya menjadi pelakon yang paling banyak terbabit dengan babak pertarungan berbanding pelakon lain. "Pelakon lain cakap saya paling banyak (babak pertarungan) sebab saya pelakon utama," katanya yang mendakwa Syamsul memang tahu dia mengalami masalah kesihatan membabitkan lehernya ak...

Ceramah Ustaz Wadi Annuar di Selangor dibatalkan

 

Ceramah Ustaz Wadi Annuar di Selangor dibatalkan

SHAH ALAM - Dua kuliah ceramah pendakwah bebas, Ustaz Wadi Annuar di Selangor pada 10 dan 11 Mac depan telah dibatalkan.

Dua lokasi tersebut ialah Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz, Shah Alam dan Padang Astaka Tanjung Karang, Selangor.

Bagaimanapun, Ustaz Wadi dalam siaran di Facebook tidak mendedahkan sebarang alasan berhubung pembatalan ceramah di kawasan berkenaan.

Menurut perkongsian tersebut, sesi ceramah beliau bagi kawasan Kuala Lumpur dan Putrajaya pula akan kekal berjalan seperti biasa.

Manakala ceramah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya akan dijalankan seperti biasa.

"Segala kesulitan amat dikesali. Semoga ALLAH SWT memberikan pahala kepada semua yang berniat untuk hadir majlis ilmu,” katanya dalam siaran di Facebook pada Ahad.

Sebelum ini, pembatalan ceramah penceramah popular, Ustaz Azhar Idrus di Masjid Diraja Tengku Ampuan Jemaah Bukit Jelutong mendapat perhatian apabila Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) membatalkan kuliah Maghrib di masjid berkenaan susulan tidak mempunyai tauliah mengajar agama di Selangor.


Menurut Pengarah JAIS, Datuk Shahzihan Ahmad, ketetapan itu tertakluk kepada undang-undang dan peraturan berkuat kuasa di Selangor.

Pada 26 Februari, meskipun terpalit kontroversi tersebut, namun Kuliah Maghrib Perdana oleh Ustaz Azhar Idrus di Masjid Ar-Rahimah Kampung Pandan itu dihadiri oleh ribuan jemaah.



Comments

Popular posts from this blog

NEW GTR R50⭐ Worldwide 50 units only ⭐

Dr Zakir Naik mungkin dihantar pulang ke India