'Syamsul, kau jawablah di Padang Mahsyar nanti' - Aaron Aziz
Madrid: Seorang lelaki menuntut pampasan hampir $59,714 pound (RM324,000) selepas zakarnya menjadi lebih pendek selepas pembedahan.
Lelaki itu menuntut pampasan daripada Murcian Health Service (SMS) di selatan Sepanyol selepas pembedahan membetulkan zakarnya yang melengkung mengakibatkan ia dipendekkan enam sentimeter (2.36 inci), menurut media tempatan.
Dia juga mendakwa kini menanggung kesakitan dan tidak dapat melakukan hubungan seksual.
Dalam tuntutan mahkamahnya, lelaki yang tidak dinamakan itu dilaporkan mendakwa menjadi mangsa kecuaian oleh Hospital Cartagena kerana tiada pihak yang memberi penerangan mengenai risiko pembedahan.
Dia juga berkata pergi ke hospital lain iaitu Hospital La Fe di Valencia yang mana dimaklumkan bahawa keadaan itu tidak dapat dipulihkan.
Bagaimanapun Majlis Undang-undang Wilayah Murcia (CJRM) dilaporkan menolak dakwaan dan mengatakan doktor Hospital Cartagena sudah memaklumkan kepada pesakit mengenai risiko itu.
Setakat ini tidak jelas sama ada lelaki itu merancang membuat rayuan berhubung keputusan CJRM dan membawa kes ke mahkamah lebih tinggi.
Media tempatan memetik Dr Manuel Viso sebagai berkata bahawa semasa operasi pembetulan lengkung adalah perkara biasa ia dikurangkan antara satu dan tiga sentimeter (0.39 dan 1.18 inci).
Penyakit Peyronie ialah kelengkungan zakar yang tidak normal, keadaan terhasil daripada tisu parut berserabut yang terbentuk pada zakar dan menyebabkan ereksi melengkung dan menyakitkan.
Awal bulan ini, seorang pakar urologi disiasat selepas memotong zakar pesakit kerana tumor yang tidak wujud.
Pakar bedah berusia 30 tahun itu dituduh menyebabkan kecederaan serius kepada pesakit yang tidak dinamakan dari perbandaran Arezzo di wilayah Tuscany Itali.
Dia melakukan pembedahan di Hospital San Donato di Arezzo pada 13 November 2018.
Ini selepas pesakit berusia 60-an yang tidak dinamakan itu didiagnosis secara salah.
Prosedur dijalankan tanpa sebarang halangan, tetapi semasa analisis anggota yang dipotong, ia menunjukkan bahawa tiada tumor.
Pesakit itu kini menuntut pampasan daripada pasukan perubatan atas kecacatan itu dan kes perbicaraan awal dijadualkan pada 9 Mac.
Comments
Post a Comment