'Syamsul, kau jawablah di Padang Mahsyar nanti' - Aaron Aziz

Image
  Kuala Lumpur: "Bila kau nak, kau datang jumpa aku cara baik tapi bila kau tak nak, kau buang aku macam sampah," kata pelakon, Datuk Aaron Aziz, 47, yang ditujukan buat pengarah filem The Original Gangster, Syamsul Yusof, 39. Aaron dalam satu hantaran video di Instagram, hari ini, mendedahkan mengenai punca dia digugurkan sebagai pelakon filem The Original Gangster.  Aaron berkata, pada mulanya Syamsul memaklumkan dia tidak akan terbabit dengan banyak babak pertarungan, tetapi lebih banyak menggunakan pistol. "Bagaimanapun, ketika sesi latihan, saya dimaklumkan akan terbabit dengan banyak babak pertarungan. Ia membabitkan dengan ramai pelakon lain termasuk bersama 20 orang. Akhirnya saya menjadi pelakon yang paling banyak terbabit dengan babak pertarungan berbanding pelakon lain. "Pelakon lain cakap saya paling banyak (babak pertarungan) sebab saya pelakon utama," katanya yang mendakwa Syamsul memang tahu dia mengalami masalah kesihatan membabitkan lehernya ak...

Dibelasah suami sehingga koma ketika mangsa sarat mengandung


 "Dia memang jantan dayus. Sampai sekarang tak berjumpa kami setelah apa yang dia dah buat pada kakak.

Saya tak tahu kenapa jantan tu betul-betul kejam. Dia macam tak ada perasaan. Sekarang dia bebas di luar, ada orang jamin . Ada juga orang sanggup jamin jantan macam tu?

Teruk sangat dia pukul kakak saya.

Patah tulang belakang, tulang rusuk, rahang dan separuh tempurung kepala terpaksa dibuang

Puan Fauziah Nordin


Jahidah Nordin Mangsa Keganasan Rumahtangga yang di belasah suaminya, masih terlantar kaku sejak koma pada 4 Mei 2021. Ketika kejadian beliau sedang sarat mengandung anak pertama. Tak tahu apa salah silap si isteri, namun bukan begini cara untuk melepaskan amarah.

Semoga nasib puan Jahidah Nordin terbela dan bekas suami menerima hukuman paling setimpal. Perbicaraan di mahkamah akan berlangsung pada 28 Februari ini.

Semoga kemenangan memihak pada ibu yang teraniaya dan dianiaya suami sendiri. Kita wanita tidak perlukan lelaki seperti ini.

Wanita

Comments

Popular posts from this blog

NEW GTR R50⭐ Worldwide 50 units only ⭐

Dr Zakir Naik mungkin dihantar pulang ke India