'Syamsul, kau jawablah di Padang Mahsyar nanti' - Aaron Aziz

Image
  Kuala Lumpur: "Bila kau nak, kau datang jumpa aku cara baik tapi bila kau tak nak, kau buang aku macam sampah," kata pelakon, Datuk Aaron Aziz, 47, yang ditujukan buat pengarah filem The Original Gangster, Syamsul Yusof, 39. Aaron dalam satu hantaran video di Instagram, hari ini, mendedahkan mengenai punca dia digugurkan sebagai pelakon filem The Original Gangster.  Aaron berkata, pada mulanya Syamsul memaklumkan dia tidak akan terbabit dengan banyak babak pertarungan, tetapi lebih banyak menggunakan pistol. "Bagaimanapun, ketika sesi latihan, saya dimaklumkan akan terbabit dengan banyak babak pertarungan. Ia membabitkan dengan ramai pelakon lain termasuk bersama 20 orang. Akhirnya saya menjadi pelakon yang paling banyak terbabit dengan babak pertarungan berbanding pelakon lain. "Pelakon lain cakap saya paling banyak (babak pertarungan) sebab saya pelakon utama," katanya yang mendakwa Syamsul memang tahu dia mengalami masalah kesihatan membabitkan lehernya ak...

Pereka fesyen "Kantoikan" Nad Zainal & Ungku Aziz -demi 7 tahun persahabatan

 


PETALING JAYA – Teka-teki perkongsian video perkahwinan pasangan pelakon Nad Zainal dan Ungku Ismail terjawab selepas pereka fesyen terkenal, Seth & Luna membongkar ‘rahsia’ tentang majlis pernikahan pasangan terbabit.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik dalam Instagramnya, demi menjaga hubungan persahabatan selama tujuh tahun , Seth & Luna mengakui terpaksa menyimpan rahsia terbesar majlis pernikahan kedua-dua pasangan pengantin itu.

“Bermula sebagai klien Seth & Luna dan seterusnya diberi kepercayaan dan menyimpan rahsia terbesar adalah penghormatan di atas tujuh tahun kami bersahabat.

“Beliau (Nad Zainal) mengetuk pintu kami untuk menyerahkan kepercayaan mereka busana pernikahan dirinya dan bakal suami (kini suami). Antara rahsia yang kami simpan dengan enuh rasa hormat.

“Pada hari ini, kami berdua dengan penuh bangga hati mengucapkan tahniah dan selamat pengantin baharu kepada Nad dan Ungku Ismail Aziz. Semoga mahligai perkahiwnan yang dibina bahagia dan berkekalan sehingga ke Jannah (syurga),” tulisnya.

Dalam hantran berbentuk video, kelihatan Nad Zainal atau nama lengkapnya Farah Nadia Zainal Abidin dan Ungku Aziz dirias oleh jurusolek dan pengasas produk terkenal, Datuk Alha Alfa.

Mempelai turut digayakan oleh jurugaya terkemuka, Tym Fatimah.

Bahkan, turut dikongsikan video Nad memeluk erat suaminya dengan penuh rasa cinta selepas kedua-duanya selamat disatukan dipercayai pada 23 Januari lalu bersamaan dengan 1 Rejab di Masjid Wilayah, Kuala Lumpur.

Untuk rekod, Nad, 32, sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama Faliq Amiruddin, namun bercerai pada 3 September lalu selepas tujuh tahun hidup bersama.

Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Fahad Ibrahim, 6, dan Budi Kalsom, setahun. – KOSMO! ONLINE


Sumber:https://www.kosmo.com.my/2023/01/29/pereka-fesyen-kantoikan-nad-zainal-ungku-aziz-sah-bernikah/

Comments

Popular posts from this blog

NEW GTR R50⭐ Worldwide 50 units only ⭐

KAMAL ADLII DISERANG ORANG SINGAPORE