Posts

'Syamsul, kau jawablah di Padang Mahsyar nanti' - Aaron Aziz

Image
  Kuala Lumpur: "Bila kau nak, kau datang jumpa aku cara baik tapi bila kau tak nak, kau buang aku macam sampah," kata pelakon, Datuk Aaron Aziz, 47, yang ditujukan buat pengarah filem The Original Gangster, Syamsul Yusof, 39. Aaron dalam satu hantaran video di Instagram, hari ini, mendedahkan mengenai punca dia digugurkan sebagai pelakon filem The Original Gangster.  Aaron berkata, pada mulanya Syamsul memaklumkan dia tidak akan terbabit dengan banyak babak pertarungan, tetapi lebih banyak menggunakan pistol. "Bagaimanapun, ketika sesi latihan, saya dimaklumkan akan terbabit dengan banyak babak pertarungan. Ia membabitkan dengan ramai pelakon lain termasuk bersama 20 orang. Akhirnya saya menjadi pelakon yang paling banyak terbabit dengan babak pertarungan berbanding pelakon lain. "Pelakon lain cakap saya paling banyak (babak pertarungan) sebab saya pelakon utama," katanya yang mendakwa Syamsul memang tahu dia mengalami masalah kesihatan membabitkan lehernya ak...

Dr Zakir Naik mungkin dihantar pulang ke India

Image
  New Delhi: Penceramah bebas, Dr Zakir Naik berkemungkinan akan dihantar pulang dari Oman ke India.   Portal Telegraph India melaporkan, agensi perisikan India berhubung dengan pihak berkuasa Oman untuk menahan Zakir Naik semasa lawatannya ke Oman yang dijadualkan pada hari ini (23 Mac), kata laporan itu. Zakir Naik, seorang pendakwah Islam berasal dari India menetap di Malaysia sejak 2017. Kerajaan Oman, baru-baru ini, menjemput Zakir Naik untuk menyampaikan dua kuliah agama di ibu kota Muscat, pada 23 Mac dan 25 Mac, sempena Ramadan. Menurut laporan itu, Kedutaan India di Oman berhubung dengan agensi kerajaan negara itu untuk menahan Zakir Naik dan menghantarnya pulang ke India.  India berkemungkinan menghantar pasukan undang-undang untuk tindakan susulan selepas penahanan Zakir Naik, kata laporan itu, sambil menambah bahawa perkara itu sudah dibawa kepada perhatian Duta Oman oleh Menteri Luar India. Zakir Naik , 57, melarikan diri dari India pada 2016 selepas organisa...

Versi Proton Perdana serba baharu?

Image
  KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dibawa melihat lebih dekat Polester 2, model kereta elektrik yang dibangunkan bersama oleh Geely dan Volvo. Dalam perkongsian di laman Facebook rasminya, bekas Pengerusi Proton Holdings Bhd (PROTON) itu diiringi Pengerusi PROTON ketika ini, Datuk Seri Syed Faisal Albar melihat jentera elektrik berwarna putih dengan nombor pendaftaran WHX 2020. "Pagi tadi DRB-Hicom telah perkenalkan sebuah kereta elektrik 'Polestar 2' kepada saya. Ini adalah sebuah kereta yang diusahakan oleh Geely, rakan usahasama PROTON.  "Saya difahamkan yang dengan sekali cas ianya boleh capai sehingga 400 kilometer (km). Sekali cas mencukupi untuk guna kereta ini seperti biasa. Bagi cas semula pula hanya perlu kurang dari 2 jam untuk dapat 100 peratus bekalan penuh. "Jika cas gunakan kuasa elektrik di rumah, ia mengambil masa selama sekitar 7 jam. Tetapi sekarang ini tidak susah kerana sudah terdapat lebih 1000 stesen di seluruh n...

Diana Danielle Failkan Penceraian Terhadap Farid Kamil

Image
 Pelakon Diana Danielle telah memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya, Farid Kamil pada awal bulan ini atas alasan tiada persefahaman dan telah berlaku shiqaq (perbalahan berpanjangan). Menerusi laporan Utusan Online, permohonan cerai berkenaan telah disebut di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari dekat sini pagi ini.  Bagaimanapun, Farid atau nama penuhnya Farid Kamil Zahari enggan melafazkan cerai tersebut. Difahamkan pasangan itu tidak lagi tinggal serumah. Oleh yang demikian, Hakim Syarie, Shukran Yusof memerintahkan pasangan itu untuk menjalani proses Jawatankuasa Pendamai (JKP). Permohonan itu akan ditetapkan semula untuk sebutan pada 28 Mac ini. – KopiPlanet.com Kredit artikel: Utusan Online 

Diana Danielle Failkan Penceraian Terhadap Farid Kamil

Image
  Pelakon Diana Danielle telah memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya, Farid Kamil pada awal bulan ini atas alasan tiada persefahaman dan telah berlaku shiqaq (perbalahan berpanjangan). Menerusi laporan Utusan Online, permohonan cerai berkenaan telah disebut di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari dekat sini pagi ini.  Bagaimanapun, Farid atau nama penuhnya Farid Kamil Zahari enggan melafazkan cerai tersebut. Difahamkan pasangan itu tidak lagi tinggal serumah. Oleh yang demikian, Hakim Syarie, Shukran Yusof memerintahkan pasangan itu untuk menjalani proses Jawatankuasa Pendamai (JKP). Permohonan itu akan ditetapkan semula untuk sebutan pada 28 Mac ini. – KopiPlanet.com Kredit artikel: Utusan Online 

KAMAL ADLII DISERANG ORANG SINGAPORE

Image
  13/03/2023- Doakan suami saya kamal , kami baru habis event di singapore tiba2 dia di attack org singapore dengan chota berkali2 kepala muka bawah mata dan badan.. sekarang kamal dekat singapore punya hospital major operation kerana lubang n bocor koyak di belakang kepala .. Allahu Kuala Lumpur: Pelakon Kamal Adli mengalami cedera parah didakwa akibat diserang oleh individu tidak dikenali, di Singapura, malam tadi.  Isteri juga pelakon, Uqasha Senrose ketika dihubungi berkata, insiden tidak diduga berkenaan disifatkan berlaku dalam sekelip mata ketika mereka sedang berada pada satu acara karnival jualan di negara jiran itu.  "Kami ada acara ekspo di Singapura. Hari ini adalah hari terakhir dan kami dah nak selesai. Lebih kurang jam 10 malam, ada seorang makcik nak bergambar di kerusi roda.  "Saya dan suami bergambar dengan makcik itu. Tiba-tiba, ada seorang lelaki datang dan bertanya, Kamal mana.  Kami fikir, dia peminat. Kamal tegur dia, tiba-tiba dia keluark...

Polis Mencari Individu Conteng Pagar Masjid dengan Menghina Nabi

Image
   pesalah kini menjadi buruan polis. Minta kerjasama penduduk setempat Sungai Petani: Polis sedang menjejaki suspek yang terbabit melakukan khianat menconteng pagar Masjid Andalusia di Bandar Laguna Merbok di sini dengan tulisan menghina nabi. Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, bagaimanapun setakat ini tiada tangkapan dilakukan dan siasatan masih diteruskan. Kes disiasat mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan," katanya ketika dihubungi hari ini. Kejadian yang dipercayai berlaku Selasa lalu, disedari pengawal keselamatan sebuah bangunan berhampiran selepas menyedari terdapat kesan conteng dengan tulisan yang menghina nabi. Difahamkan, pengawal keselamatan itu ternampak seorang lelaki sedang menconteng tembok berkenaan menggunakan cat merah. Sementara itu, jemaah masjid berkenaan, Mohd Hashim Ali, 53, berkata, kejadian itu kali pertama berlaku di masjid berkenaan dan menyifatkan perbuatan individu berkenaan sebagai kurang ajar serta keterl...